MGPerak: 25 Pasangan Diraikan Pada Kenduri Kahwin Beramai-Ramai Parlimen Lenggong

58

LENGGONG – Seramai 25 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Kenduri Kahwin Beramai-ramai Parlimen Lenggong yang berlangsung meriah dengan kehadiran 25,000 tetamu di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, dekat sini, pada Ahad.

Program tahunan itu merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan serta Majlis Pelancongan Lenggong.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penganjuran kali ini lebih istimewa apabila 25 pasangan diraikan bersempena tarikh 25 Mei 2025, sekali gus menjadikan detik itu sebagai kenangan bermakna buat mereka. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini