USAHA Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bagi memastikan bidang pertanian terus diperkasa dilaksanakan menerusi pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut.
Justeru, Skim Biasiswa Agrotek Perak SADC- Yayasan Perak (YP) diwujudkan pada 2022 bagi membiayai mahasiswa yang mengikuti pengajian sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) terpilih dalam bidang pertanian, perladangan, teknologi, dan inovasi pertanian.
IPT yang terlibat termasuklah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak