Bunyi letupan, gegaran Ipoh: Polis panggil operator kuari, agensi

IPOH – Polis akan mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi menyiasat punca sebenar bunyi letupan dan gegaran kuat dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini pada Rabu dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, berdasarkan kepada laporan awal setakat ini pihaknya masih belum menemukan punca sebenar kejadian itu.

“Kita akan memanggil pihak-pihak berkaitan terutamanya daripada pihak operator kuari, pakar geologi serta pasukan sahabat iaitu tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana mereka mempunyai akses kepada bahan letupan untuk latihan dan sebagainya.

“Justeru, kita memerlukan maklum balas daripada semua pihak termasuk daripada pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang berkaitan,”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak antara Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat dengan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Biro Jenayah Hidupan Liar) Bukit Aman, Mohammad Azlin Sadari, di sini, pada Khamis.

Pada Rabu media melaporkan, penduduk di sekitar bandar raya ini mendengar bunyi letupan dan merasai gegeran kuat terutamanya di kawasan Klebang dan Chemor sekitar jam 10.30 pagi.

Mengulas lanjut Noor Hisam memberitahu, bagaimanapun susulan daripada kejadian itu tiada sebarang laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Justeru beliau juga meminta orang ramai khususnya penduduk di Ipoh untuk kekal bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi atau komen tidak wajar susulan daripada insiden itu.

“Menurut pakar geologi, kejadian ini seharusnya berlalu dalam selang masa 10 tahun, tetapi kini kekerapan berlaku dalam tempoh setahun. Oleh itu perkara ini masih dalam siasatan,” ujar beliau.

Pada 21 Oktober tahun lalu, satu gegaran kuat juga dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh itu sehingga kini masih dikategori sebagai misteri. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI