Wanita warga emas rentung, seorang cedera dalam kebakaran rumah  

IPOH – Seorang wanita warga emas ditemukan rentung manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan, di sini malam tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai Salmiah Nyak Matt, 84.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 9.19 malam.

“Siasatan awal polis bersama sepasukan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam ahli keluarga.

“Seorang wanita berusia 84 tahun ditemukan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lelaki berusia 83 tahun telah berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

“Empat ahli keluarga yang lain berusia antara 18 hingga 49 tahun turut berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam Khamis.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan di bawah siasatan mati mengejut (SDR),” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil dan menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-254 2222. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas ditemukan rentung di dapur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI