Binaan gerbang konkrit persis Tembok Besar China ‘menyambut’ kedatangan pengunjung untuk mencipta memori terindah di Gaharu Tea Valley.
Terletak kira-kira 40 minit daripada bandar raya Ipoh, lokasi ini sesuai untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota dan mencari ketenangan.