MGPerak: JRTB Gerik-Jeli Tidak Cukup Hanya Menampal, Tapi Bina Semula – Saarani

38

IPOH – Kerajaan Negeri Perak berharap cadangan untuk menambah baik laluan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dapat disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan bermula awal tahun hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan berkenaan, termasuk kepada pembinaan jajaran baharu, merupakan satu keperluan memandangkan laluan yang menghubungkan Perak dan Kelantan itu sering berlaku kemalangan jalan raya.

Menurut beliau, perkara itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Program MADANI Rakyat di Lumut, Ahad lalu. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini