77.6 peratus pegangan pertanian di Perak milik Bumiputera

GOPENG – Sebanyak 77.6 peratus daripada 107,474 pegangan pertanian di Perak pada tahun 2023 merupakan milik Bumiputera lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Perak, sebanyak 97.6 peratus (104,878 pegangan) daripada jumlah pegangan berkenaan dimiliki individu manakala 2.4 peratus (2,596 pegangan) pula dimiliki pertubuhan.

DOSM berkata, hampir kesemua individu (99.9 peratus) yang terlibat dalam aktiviti pertanian merupakan warganegara, dan 76.3 peratus daripadanya adalah lelaki.

Katanya, Daerah Hulu Perak merekodkan bilangan pegangan pertanian tertinggi sebanyak 12,981 yang didominasi pengusaha subsektor tanaman getah diikuti Daerah Kuala Kangsar (12,379) dan Daerah Kerian (12,341).

Sementara itu, luas kawasan bertanam di Perak pada 2023 merekodkan keluasan 497 ribu hektar dengan 188.8 ribu hektar diusahakan oleh pegangan pertanian individu manakala 308.2 ribu hektar oleh pegangan pertanian pertubuhan

“Daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah keluasan bertanam terbesar iaitu seluas 102.8 ribu hektar diikuti oleh Perak Tengah (72.2 ribu hektar) dan Batang Padang (62.5 ribu hektar).

“Luas bertuai pula mencatatkan 452.5 ribu hektar dengan kuantiti pengeluaran 7,372.2 ribu tan metrik dan nilai jualan RM 8,277.45 juta,” katanya.

Tambah laporan berkenaan, tanaman utama yang diusahakan di Perak merupakan kelapa sawit diikuti padi, getah dan buah buahan.

“Daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah keluasan bertuai terbesar iaitu seluas 93.4 ribu hektar diikuti oleh Perak Tengah (67.4 ribu hektar) dan Kerian (57.5 ribu hektar).

“Negeri Perak mencatatkan jumlah nilai jualan hasil pertanian sebanyak RM15,984.5 juta secara keseluruhannya pada tahun 2023.

“daerah Manjung mencatatkan nilai jualan tertinggi iaitu RM2,864.9 juta diikuti Larut dan Matang (RM1,968.9 juta) dan Batang Padang (RM1,924.9 juta),” katanya.

Banci Pertanian 2024 memberikan Malaysia satu data asas (baseline) yang terkini dan menyeluruh bagi sektor pertanian, setelah kali terakhir banci seumpamanya dilaksanakan dua dekad lalu.

Sebagai langkah memperkukuh sistem statistik pertanian negara, banci ini akan dilaksanakan setiap sepuluh tahun. Selain itu, mulai 2026, survei jangka pendek baharu akan diperkenalkan bagi menambah kepekaan data terhadap perubahan semasa. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI