24 pemain terima surat tawaran sertai Perak FA

IPOH – Seramai 24 pemain menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bagi menyertai pasukan bola sepak Perak FA.

Presiden PAFA, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, semua pemain bakal mewakili Perak FA dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026 dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

“Alhamdulillah hari ini kita buat majlis penyerahan surat tawaran kepada pemain-pemain Liga A1 Semi-Pro melibatkan 24 daripada 30 pemain.

“Baki enam lagi adalah untuk pemain import,” katanya kepada Malaysia Gazette (MG) Perak pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pegawai dan Pemain Bagi Mewakili Pasukan Perak FA dalam saingan Liga A1 Semi-Pro Musim 2025/2026 di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Jumaat.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Perak FA), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pegawai dan Pemain Pasukan Bola Sepak Perak FA Dalam Saingan Liga A1 Semi Pro / Sukma di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JUN 2025.

Ditanya mengenai perkembangan pencarian pemain import bagi pasukan Perak FA, Mohd Azhar berkata, PAFA mempunyai masa sehingga Ogos untuk melengkapkan barisan 30 pemainnya.

“Untuk pemain import kita masih lagi mencari dalam ujian kecergasan di mana kita ada masa sehingga Ogos ini.

“Buat masa ini kita beri tumpuan kepada pemain senior dan SUKMA yang akan kita beri pendedahan dalam Liga A1 Semi-Pro,” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Azhar berkata, PAFA akan memberi tumpuan kepada Liga A1 Semi-Pro dalam menyiapkan barisan pemain bola sepak Perak FA menghadapi SUKMA 2026.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Perak FA), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin ketika sesi bergambar bersama barisan jurulatih Perak FA pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pegawai dan Pemain Pasukan Bola Sepak Perak FA Dalam Saingan Liga A1 Semi Pro / Sukma di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JUN 2025.
Suasana sekitar Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pegawai dan Pemain Pasukan Bola Sepak Perak FA Dalam Saingan Liga A1 Semi Pro / Sukma di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JUN 2025.

“Kita akan beri pendedahan kepada pemain SUKMA yang mana mereka akan mendapat pendedahan dan pengalaman serta cabaran sebenar dalam Liga A1 ini.

“Ia akan memantapkan fizikal dan juga ketahanan mental mereka apabila berdepan SUKMA 2026 nanti,” katanya.

PAFA pada awal Jun mengumumkan penyertaan rasmi Perak FA dalam Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026 yang dijangka memulakan saingan Ogos ini.

Mohd Azhar berkata, penyertaan itu antara langkah penting dalam fasa kebangkitan, pemulihan dan pembangunan semula bola sepak Perak.

Beliau berkata pasukan Perak akan terdiri daripada pemain skuad Sukan Malaysia (SUKMA) serta beberapa tonggak senior yang pernah beraksi di Liga Super. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI