LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak akan memperuntukkan sejumlah dana menerusi Belanjawan Perak akan datang bagi merancakkan industri pelancongan negeri, sejajar dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara program yang bakal menerima peruntukan tersebut termasuk penganjuran acara sukan permotoran lasak bertaraf antarabangsa, Rimba Raid yang diadakan di Lenggong. – MGPerak