Polis sentiasa menjalankan pemantauan di setiap kawasan operasi kuari di negeri ini secara ketat bagi memastikan aktiviti letupan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta jadual kelulusan yang ditetapkan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemantauan itu merangkumi semakan rutin terhadap bahan letupan berjadual yang digunakan, rekod penggunaan serta penyimpanan stok bahan letupan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak