OPR turun: CIMB umum kadar baharu berkuat kuasa 14 Julai

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Bhd. (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Bhd. (CIMB Islamic) mengumumkan semua kemudahan berasaskan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) akan diturunkan sebanyak 0.25 peratus.

Bank itu dalam kenyataan hari ini berkata, kadar baharu tersebut akan berkuatkuasa mulai 14 Julai ini.

“Sejajar dengan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus, semalam, CIMB Bank dan CIMB Islamic akan akan melaksanakan pengurangan sebanyak 25 mata asas ke atas Kadar Asas Standard (SBR) serta Simpanan Tetap/ Akaun-i Pulangan Tetap Kadar Lembaga,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan OPR diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Bank Pusat itu dalam kenyataannya berkata, susulan pengumuman itu, kadar siling dan lantai bagi koridor OPR juga diturunkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus.

“Walaupun ekonomi domestik berada dalam landasan kukuh, ketidaktentuan berhubung perkembangan luaran boleh menjejaskan prospek pertumbuhan Malaysia.

“Justeru, penurunan OPR ini merupakan langkah awal yang bersifat pencegahan untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan yang stabil bagi Malaysia dalam persekitaran inflasi yang sederhana.

“MPC akan terus berwaspada terhadap perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko terhadap unjuran pertumbuhan dan inflasi domestik,” kata BNM. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI