Usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak di Lembah Lenggong memperlihatkan kawasan tersebut berkembang pesat sehingga mendatangkan limpahan manfaat kepada penduduk setempat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini termasuk pelbagai pengiktirafan yang diterima, termasuk daripada Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang memberi impak ketara terhadap landskap ekonomi dan sosial masyarakat di sini.
Menurutnya, dari sudut penjanaan ekonomi, kehadiran pelancong meningkat daripada 24,770 orang pada tahun 2022 kepada 114,182 orang pada 2024 iaitu peningkatan sebanyak 280 peratus. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak