Kerajaan sedang usaha bawa pulang jemaah umrah terkandas – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang berusaha membawa pulang jemaah umrah Malaysia yang dilaporkan terkandas di Jeddah sejak 25 Julai lalu ke tanah air dengan selamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi sedang memberikan perhatian penuh dan mengatur langkah segera bagi memastikan kebajikan serta keselamatan semua jemaah berkenaan terjamin.

Menurutnya, kerajaan memandang serius kes sedemikian dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menipu atau memperdaya jemaah umrah, lebih-lebih lagi melibatkan warga emas dan penjawat awam.

Ujar beliau, tindakan tegas termasuk melalui saluran undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bersekongkol atau bersalah.

“Sejak awal tahun ini, saya telah berulang kali mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan status syarikat dan pakej umrah yang ditawarkan melalui saluran rasmi MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya), termasuk portal dan aplikasi khas semakan ejen pelancongan berlesen,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Semalam media melaporkan seramai seramai 42 jemaah umrah Malaysia yang terdiri daripada warga emas dan penjawat awam dilaporkan terkandas di Jeddah sejak 25 Julai selepas mendakwa menjadi mangsa pemalsuan dokumen tiket penerbangan pulang oleh sebuah agensi pelancongan tempatan.

Mereka yang sepatutnya berlepas pulang ke tanah air selepas selesai menunaikan ibadah umrah dan ziarah ke Taif terkejut apabila dimaklumkan tiket penerbangan mereka tidak wujud walaupun bayaran penuh pakej telah dibuat kepada syarikat pengendali umrah, Persada Global Holidays (PGH).

Sementara itu, Mohd Na’im menyeru umat Islam di negara ini sentiasa berwaspada dan hanya memilih pengendali umrah yang sah, berlesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.

Dalam masa sama, beliau berharap kejadian sedemikian tidak berulang pada masa hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI