Pelajar Tingkatan 1 ditampar, dipukul 4 rakan sekelas gara-gara tidak puas hati

KUALA LUMPUR – Beberapa pelajar Tingkatan Satu memukul dan menampar rakan sekelas di sebuah pusat beli belah di Kajang, Selangor gara-gara tidak berpuas hati dengan sikapnya.

Malah mereka merakam perbuatan itu yang kini tular di laman media sosial.

Berikutan itu, polis telah menahan empat suspek berusia 13 tahun di sekitar Bandar Kajang pada jam 8.35 malam tadi dan direman selama dua hari sehingga 2 Ogos bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tangkapan dibuat susulan laporan diterima daripada mangsa yang seusia dengan suspek pada jam 12.57 tengah hari semalam.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 30 Julai lalu sekitar jam 11 pagi ketika mangsa bersama rakannya pergi ke pusat beli belah itu dan dipanggil berbincang kerana tidak puas hati dengan sikap mangsa.

“Susulan itu, dua pelajar lelaki yang lengkap beruniform sekolah bertindak memukul mangsa manakala dua lagi rakan suspek merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Naazron, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan ringan di muka dan telah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

Tambah beliau, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kita memandang serius berhubung kejadian ini dan menasihati pelajar sekolah untuk sentiasa mematuhi peraturan dan tidak terlibat dengan perbuatan yang menjejaskan masa depan mereka.

“Tindakan tegas akan diambil bagi sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan melanggar undang-undang yang berkuatkuasa,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Shahrulhasram Ramli di talian 017-2530380 bagi membantu siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI