Dua lelaki maut, lori telur rempuh lori simen

TANJUNG MALIM – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lori muatan telur yang merempuh sebuah lori muatan simen di kilometer (km) 372.1 arah selatan antara Sungkai ke Slim River, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar jam 12 tengah hari.

Katanya, sejurus selepas itu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River diatur gerak ke lokasi kejadian.

Kemalangan maut lori muatan telur di Lebuhraya PLUS kemalangan maut Tanjung Malim, lori muatan telur rempuh lori simen, kemalangan PLUS arah selatan, dua pemandu maut PLUS Sungkai Slim River, tragedi lebuh raya Perak
Dua pemandu lori muatan telur maut selepas merempuh sebuah lori muatan simen di kilometer (km) 372.1 arah selatan antara Sungkai ke Slim River, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Tanjung Malim. Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan. Foto JBPM Perak

Menurut beliau, maklumat awal mendapati kemalangan jalan raya itu berlaku ketika lori muatan telur yang dinaiki empat individu merempuh belakang sebuah lori muatan simen yang parkir di bahu jalan.

“Pasukan bomba di lokasi mendapati dua mangsa lelaki masing–masing berusia 40an dan 30an mengalami kecederaan ringan.

“Manakala dua lagi mangsa lelaki berusia lingkungan 20an telah tercampak keluar dari kenderaan, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Sabarodzi berkata, pasukan bomba telah memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan yang cedera sebelum menghantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kemalangan maut lori muatan telur di Lebuhraya PLUS kemalangan maut Tanjung Malim, lori muatan telur rempuh lori simen, kemalangan PLUS arah selatan, dua pemandu maut PLUS Sungkai Slim River, tragedi lebuh raya Perak
Dua pemandu lori muatan telur maut selepas merempuh sebuah lori muatan simen di kilometer (km) 372.1 arah selatan antara Sungkai ke Slim River, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Tanjung Malim. Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan. Foto JBPM Perak

Tambah beliau, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tugasan seterusnya diserahkan pada pihak polis untuk lalulintas dan pihak lebuh raya untuk pembersihan jalan,” ujar beliau.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK), Muhammad Naim Khadir@Mat Isa itu tamat pada jam 1.50 tengah hari.

Sementara itu Plustrafik menerusi hantaran pada laman X memaklumkan, trafik sesak 11km ketika kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

“Lorong tengah kembali dibuka, manakala lorong kiri masih ditutup. Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga maut, tiga cedera nahas SUV, kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI