MGPerak: Perak Umum BKK Dua Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam Negeri

43

Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran negeri pada Belanjawan Negeri 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian BKK itu termasuk kepada kepada ahli-ahli ex-officio, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, serta semua guru lantikan negeri yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak.

Katanya, orang besar jajahan, pegawai lantikan ‘contract for service’ dan kakitangan di bawah Kontrak MySTEP turut menerima pemberian sama, dengan bayaran penuh BKK akan dibuat pada 22 Disember ini. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030 #belanjawanperak2027

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini