Prosedur gali, bedah siasat mayat Zara Qairina akan dibuat segera – Polis

KUALA LUMPUR – Aturan prosedur bedah siasat dan menggali semula mayat Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat dengan kadar segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk M. Kumar berkata, tindakan itu selepas laporan siasatan kematian Zara Qairina diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam negara.

“Dapatan penilaian tersebut terdapat keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat. Ia bertujuan memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematiannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kumar berkata, polis menegaskan bahawa keadilan akan sentiasa ditegakkan dan siasatan yang dijalankan adalah mengikut lunas undang-undang, fakta dan keterangan yang diperoleh.

Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Jabatan peguam negara dalam tempoh terdekat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI