Rumah pekerja binaan musnah dalam kebakaran

IPOH – Beberapa rumah pekerja yang terletak di sebuah tapak pembinaan berhampiran Perpustakaan Awam Negeri Perak di Jalan Raja Dihilir Ipoh, dekat sini musnah dalam kebakaran pada pagi Khamis.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 8.57 pagi.

Susulan itu, katanya 18 anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan Meru Raya serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Pasir Pinji dan Menglembu bergegas ke lokasi.

Rumah pekerja binaan musnah dalam kebakaran
Keadaan rumah pekerja kelas C yang musnah dalam kebakaran di sebuah tapak pembinaan dekat Jalan Raja Dihilir, Ipoh pada Khamis. Foto Media Sosial

“Hasil siasatan mendapati kebakaran membabitkan rumah penginapan pekerja kelas C berkeluasan 20 x 200 kaki terbakar kira-kira 70 peratus.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada jam 11.13 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Cuai dipercayai punca kebakaran 12 motosikal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI