Kor Ming derma bantuan SARA kepada anak yatim

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menunaikan janji apabila menyalurkan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 miliknya kepada anak yatim.

Beliau memilih untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada 28 kanak-kanak kurang bernasib baik daripada sebuah pertubuhan berpusat di sini dengan membawa mereka membeli barangan keperluan harian di Pasar Raya 99 Speedmart di Taman Ipoh Timur.

“Sejurus Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengumumkan SARA, saya menjadi menteri pertama yang umum akan dermakan bantuan ini kepada anak yatim.

“Saya bukan sahaja menderma, malah hari ini saya bawa sendiri 28 anak yatim untuk membeli barang keperluan dengan semua kos ditanggung oleh saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan empat Taman Rekreasi MADANI di sini, pada Sabtu.

Kor Ming berkata, inisiatif SARA amat membantu rakyat dalam mengurangkan beban kos sara hidup, terutama bagi mereka yang berada dalam keluarga besar.

“Bayangkan jika suami isteri ada lima anak, sekeluarga boleh dapat RM700. Jumlah itu cukup untuk menampung keperluan barangan dapur selama sebulan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, apabila pentadbiran kerajaan dijalankan dengan bersih dan berintegriti, maka rakyat akan dapat menerima manfaat terus dalam bentuk bantuan.

“Jika bantuan ini tidak begitu diperlukan, saya galakkan beli barangan harian dan sumbangkan kepada mereka yang kurang bernasib,” katanya.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu turut berkongsi data Kementerian Kewangan bahawa dalam tempoh empat hari pelaksanaan SARA, lebih 6.6 juta penerima telah membelanjakan RM425.2 juta di kedai runcit serta peruncit kecil seluruh negara.

Kata beliau, pada 4 September sahaja, seramai 1.8 juta rakyat menggunakan bantuan itu dengan jumlah perbelanjaan RM117.1 juta. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

STR, SARA diteruskan untuk kurang beban kos rakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI