Sebanyak 11 premis sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang beroperasi secara haram telah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, premis-premis berkenaan terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Batu Gajah, dengan operasi penguatkuasaan itu turut mendapat bantuan risikan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA).
Menurutnya, sebanyak 5,291.15 metrik tan e-waste telah disita dan tindakan penguatkuasaan melibatkan 11 premis dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #sisaEwaste #jabatanalamsekitar