MGPerak: Projek RTB Perak: Tiga Lancar, Satu Lewat Susulan Isu Tanah

73

Sebanyak empat daripada 10 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perak sedang dilaksanakan manakala bakinya berada di peringkat pra pelaksanaan dan sedang melalui proses reka bentuk serta perolehan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek sedang dalam pelaksanaan adalah RTB Lembangan Sungai Beruas, RTB Sungai Trolak Daerah Muallim, RTB Sungai Bernam dan RTB Gerik, Hulu Perak.

Menurutnya, berdasarkan sistem MyProjek, tiga daripada projek ini berjalan mengikut jadual, manakala RTB Lembangan Sungai Beruas mengalami kelewatan. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #ProjekRTBPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini