Hukuman penggantungan Razman kekal – Speaker DUN

IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kekal dengan keputusan menggantung Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria untuk menghadiri Sidang DUN Perak selama enam bulan yang berkuat kuasa sejak April lalu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menimbang dan meneliti usul dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang memohon untuk memendekkan tempoh penggantungan ADUN Semanggol itu.

“Beliau hanya digantung enam bulan atas kesalahan yang telah didapati salah oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan telah diperakukan dalam Dewan ini.

“Hukuman yang dikenakan itu juga merupakan keputusan hukuman yang diperakukan dan dipersetujui di dalam Dewan ini,“ katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Dalam perkara berkaitan, Mohammad Zahir berkata, perkara itu bersifat akademik semata-mata kerana penggantungan Razman akan tamat pada bulan Oktober ini.

“InshaAllah beliau dapat hadir persidangan ini (DUN) pada bulan November yang akan datang seperti mana yang telah kita persetujui dan di mana jadualnya telah diedarkan pada ahli Dewan,“ ujarnya.

Selasa lalu, Zainol Fadzi dilaporkan berkata, usul tersebut memohon supaya tempoh ADUN Semanggol itu dipendekkan kerana ia merupakan kesalahan pertama kali.

Katanya, perkara ini perlu dirundingkan dan dibawa semulakepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berdasarkan 76(1) Perintah – Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan seharusnya Razman diberikan hak untuk bersuara sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Selain itu,  beliau berkata, perkara tersebut bersifat urusan awam melibatkan rakyat Perak di Gunung Semanggol yang perlu segera dirundingkan diatas perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan antaranya hukuman yang dikenakan terlalu berat bagi dakwan kesalahan yang dilakukan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PN mohon tempoh penggantungan Razman dipendekkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI