BUKIT GANTANG – Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang secara tidak langsung menjadikannya sebagai aktiviti agropelancongan yang mampu melonjakkan ekonomi penduduk setempat.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, program tersebut memberi peluang kepada komuniti nelayan untuk menterjemahkan semangat patriotik mereka kepada hiasan bot sempena Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan.