MGPerak: Rezeki Nelayan Tiga Anak Menang RM10,000 Pertandingan Bot Berhias

1

BUKIT GANTANG – Seorang nelayan, Farhan Md Sahid, 42, tidak menyangka hiasan botnya berjaya meraih hadiah utama RM10,000 pada Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang di Jeti Sungai Kerang, di sini hari ini.

Bapa kepada tiga anak yang sudah 20 tahun mencari rezeki sebagai nelayan itu berkata, kemenangannya amat bermakna lebih-lebih lagi apabila berdepan saingan sengit daripada peserta lain.

Menurutnya, bermodalkan lebih RM3,000, dia menghiasi bot dengan menggantung Jalur Gemilang dan bendera seluruh negeri di Malaysia serta dekorasi yang bersesuaian mengikut tema pertandingan tersebut. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini