Saarani turun padang tinjau mangsa banjir di Muallim

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turun padang meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Muallim pada Isnin.

“Turun ke Muallim tengah hari tadi untuk melihat keadaan mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah, Batu 7, Behrang Ulu dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Ulu Slim.

“Dilaporkan 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah dan 17 keluarga lagi di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Ulu Slim.

“Kemudian meninjau sekitar Kampung Baru, Behrang Ulu dan Kampung Orang Asli Sungai Lembing yang turut terkesan dengan bencana banjir.

“Kita akan usaha sedaya upaya mungkin untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa,“ katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada sukarelawan, agensi dan jabatan yang telah bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja menyelamat serta membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Mudah-mudahan mereka yang terjejas tabah dalam mengharungi dugaan ini,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

194 mangsa banjir Muallim ditempatkan di dua PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI