Lelaki hilang ketika menjala ikan ditemui lemas 100 meter dari bot

GERIK – Seorang lelaki yang keluar melakukan aktiviti menjala dan memukat ikan di Sungai Perak berhampiran Jeti Awam Kampung Pulau Belayar di sini petang semalam ditemui lemas petang Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mangsa, Azri Md Sharif, 53, dijumpai kira-kira 100 meter dari lokasi bot mangsa ditemui.

Menurutnya, operasi pencarian di dasar air  menggunakan bot dilakukan sehingga jarak lebih kurang 2.4 kilometer dari jeti.

“Ketua operasi melakukan penilaian situasi dan mengarahkan anggota untuk menurunkan bot dan bersedia.

“Operasi pencarian dilakukan secara surface searching dan beberapa orang anggota diarahkan untuk membuat pencarian di kawasan yang rendah kedalamannya dan sekitar bot milik mangsa ditemui.

“Mayat mangsa yang dijumpai sekitar jam 5 petang tadi diangkat naik ke bot dan dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan pada malam ini.

Beliau berkata, seramai 62 anggota serta orang awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Operasi tamat sepenuhnya jam 7.15 malam tadi.

Terdahulu, Shazlean dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.18 pagi tadi dan operasi SAR dilakukan dengan kaedah surface searching di sekitar sungai, khususnya di lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Katanya, jarak lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 700 meter dari jeti, dengan kedalaman air sekitar satu meter.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman pula dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 11.03 malam tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kira-kira jam 3.30 petang, mangsa telah keluar menjala ikan di sungai tersebut berhamipran jeti berkenaan dengan menaiki bot miliknya.

Tambahnya, pada jam 8.30 malam, isteri mangsa berusia 50 tahun menerima panggilan telefon daripada adiknya yang memaklumkan bahawa penduduk kampung menemui barang-barang milik mangsa terapung di permukaan air berhampiran jeti. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki dikhuatiri hanyut ketika menjala ikan, bot ditemui separuh tenggelam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI