Van langgar tembok, pemandu wanita tersepit

IPOH – Seorang wanita berusia 50 tahun tersepit selepas van yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tembok sebuah bangunan di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini, awal pagi Selasa.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.52 pagi.

Menurut beliau, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah van jenis Nissan yang telah terbabas lalu melanggar tembok bangunan.

“Mangsa seorang pemandu wanita telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, pasukan bomba melakukan penilaian awal sebelum melakukan kerja-kerja penyelamat ke atas mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat khas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan terbabit, dan seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II  Mohd Johari Tomin bersama enam anggota itu tamat pada jam 4.38 pagi.

Punca kemalangan masih dalam siasatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki tersepit, kereta terbabas ke longkang Lebuhraya PLUS

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI