49 mangsa banjir Muallim masih berlindung di PPS, tiga ditutup

TANJUNG MALIM – Seramai 49 mangsa yang terjejas akibat bencana banjir masih berlindung di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, pada Ahad.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, mereka yang terdiri daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim yang mula beroperasi tengah malam tadi.

Katanya, sementara tiga lagi PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Kampung Orang Asli Lembing Behrang Stesen, Dewan Serbaguna Kampung pauh telah ditutup pada jam 1 tengah hari.

“Hanya satu PPS yang beroperasi di daerah Muallim dengan menempatkan 12 keluarga dari Kuala Slim yang terjejas banjir di Perak” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Stesen Sungai Slim di Slim River berada pada tahap waspada dengan bacaan 25.19 meter, melebihi paras normal 23.50 meter.

“Sementara Jabatan Meteorologi meramalkan Muallim bakal mengalami cuaca ribu dan hujan pada waktu petang serta malam,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

194 mangsa banjir Muallim ditempatkan di dua PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI