Balai Seni Negara Ipoh bakal jadi tarikan baharu pelancongan seni

IPOH – Balai Seni Negara Cawangan Ipoh yang dijangka beroperasi tahun hadapan diyakini mampu melonjakkan kedatangan pelancong ke bandar raya ini menerusi penganjuran pelbagai program kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan komuniti setempat.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, pelbagai inisiatif akan dirangka bagi memastikan kewujudan cawangan berkenaan memberi manfaat besar khususnya dalam sektor pelancongan dan seni budaya.

“Dari segi pelancongan, pembukaan cawangan baharu itu dijangka memberi kesan positif dan impak yang bagus terhadap kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Pelancong-pelancong akan lebih ramai lagi datang ke sini untuk melihat koleksi-koleksi yang kita ada di dalam balai seni ini.

“Pada masa hadapan kita akan menaik taraf balai seni ini supaya kita dapat melaksanakan pameran imersif di sini

“Kita juga akan mengetengahkan produk-produk yang ada di negeri Perak di sini, antaranya tempat-tempat bersejarah, lokasi yang boleh dilihat dari segi kesenian.

“Mungkin kita akan menyediakan satu trail untuk pelancong-pelancong melawat tempat menarik di Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Ipoh Suka Langka yang diadakan di perkarangan Medan Selera Dataran Dato Sagor di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.

Balai Seni Negara Ipoh bakal jadi tarikan baharu pelancongan seni
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot merasmikan program Ipoh Suka Langka anjuran Balai Seni Negara di perkarangan Medan Selera Dataran Dato Sagor, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 SEPTEMBER 2025.

Dalam perkembangan sama, Shaharuddin berkata, Program Ipoh Suka Langka berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini yang dianjurkan Balai Seni Negara adalah sebagai pembuka tirai sebelum Balai Seni Negara Cawangan Ipoh dibuka sepenuhnya.

“Pada hari ini (semalam), kita melaksanakan program Ipoh Suka Langka satu-satunya program yang menghimpunkan penggiat-penggiat seni terdiri daripada pelbagai golongan melibatkan kanak-kanak sehingga dewasa.

“Program ini diadakan bertujuan  memperkukuh perkembangan seni visual dan kontemporari di Perak.

“Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk Neon Art Walk sejauh 1.5 kilometer yang melibatkan 400 peserta pelbagai usia, persembahan seni tempatan, dan tayangan animasi.

“Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan persembahan ‘Projection Mapping’ pada bangunan Balai Seni Negara Cawangan Ipoh yang dijangka akan dibuka sepenuhnya tahun hadapan,” ujarnya.

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh yang bakal beroperasi di bangunan ikonik Pejabat Pos Lama Ipoh adalah cawangan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Langkawi, sekali gus bakal menjadi pusat pameran seni berskala besar dengan keunikan galeri imersif yang lebih luas berbanding di ibu pejabat.

Ruang atas akan dilengkapi Karya-Karya Agung melibatkan seniman Malaysia dan Asia Tenggara manakala rumah bawah akan mempamerkan Pameran Imersif.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

IIAF 2025 bukti komitmen kerajaan Perak perkasa industri kreatif

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI