Sultan Nazrin berkenan rasmi SK Seri Serdang

LUMUT – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang, Sitiawan dekat sini, pada Selasa.

Berangkat sama pada majlis perasmian itu ialah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dan isteri Datin Seri Aezer Zubir; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melihat persembahan pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang, Sitiawan, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2025.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran Negeri Perak, diikuti bacaan al-Quran dan doa, sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian serta menandatangani plak.

Sultan Nazrin dan tetamu diraja kemudian berkenan berangkat melawat ke ruang pameran di bangunan SK Seri Serdang.

Sultan Nazrin rasmi SK Seri Serdang Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, SK Seri Serdang Sitiawan, sekolah baharu Manjung, sejarah SK Seri Serdang, Fadhlina Sidek pendidikan Perak, Saarani Mohamad, pendidikan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melawat reruai pameran majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang, Sitiawan, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2025.

Bangunan sekolah berkenaan dibina dengan kos RM19 juta di atas tanah seluas 2.8 hektar di Mukim Sitiawan, Manjung.

Sejarah SK Seri Serdang bermula daripada sebuah sekolah bernama Simpang Empat English School di atas tanah milik Dinding Indians Association (DIA), dan mula beroperasi pada tahun 1934.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang, Sitiawan, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2025.

Ketika itu sekolah berkenaan menjalankan sesi persekolahan bagi peringkat rendah dan menengah, namun pada tahun 1974, sesi persekolahan menengah ditutup, dan berfungsi dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Empat.

Bagaimanapun pada tahun 2013 hingga 2023, sekolah itu menumpang di tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad Boestamam, Sitiawan, sementara menunggu pembinaan bangunan baharu.

Akhirnya, bangunan baharu sekolah terbabit mula beroperasi pada 13 Januari 2023 dengan nama SK Seri Serdang, Sitiawan.

Sultan Nazrin rasmi SK Seri Serdang Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, SK Seri Serdang Sitiawan, sekolah baharu Manjung, sejarah SK Seri Serdang, Fadhlina Sidek pendidikan Perak, Saarani Mohamad, pendidikan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang, Sitiawan, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2025.

SK Seri Serdang kini mempunyai seramai  611 murid, daripada Prasekolah hingga Tahun Enam, sementara warna pendidik terdiri daripada 42 orang guru serta dibantu lima orang kakitangan sokongan.

Fadhlina ketika sembah ucapan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga sedang giat menggerakkan usaha mereformasi pendidikan di seluruh negeri.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang, Sitiawan, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 SEPTEMBER 2025.

Kata beliau, ia meliputi semua dasar, pelan kurikulum serta agenda-agenda utama, pengintegrasian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) alaf baharu.

” KPM senantiasa komited memastikan setiap dasar dan pelaksanaan pendidikan memberi tumpuan kepada aspek kemenjadian murid.

“Matlamat kita bukan sekadar melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Bahkan ia turut membentuk sahsiah terpuji, jati diri yang kukuh, yang madani dan mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan serta daya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan,” ujarnya.  – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Air Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI