MGPerak: Perak Komited Hapus Persepsi TVET Sebagai Pilihan Kedua

177

Kerajaan Negeri Perak bertekad menoktahkan persepsi bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah pilihan kedua sebaliknya menjadikannya sebagai pilihan utama pelajar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hasrat itu dizahirkan melalui penganjuran Karnival TVET IKBN Seri Iskandar anjuran Pejabat Daerah Perak Tengah dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar sekolah menengah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, usaha itu seiring dengan agenda Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menetapkan daerah Perak Tengah sebagai salah satu pemangkin dan peneraju utama koridor TVET negeri. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #TVET #kerajaanPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini