Sultan Perak berkenan rasmi Perak Agrofest 2025

SUNGAI SIPUT – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Perak Agrofest di Ladang Infoternak Sungai Siput (U) di sini pada Sabtu.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Masih mengekalkan tema Lestari Agro, Perak Makmur, program ini berlangsung selama tiga hari bermula 26 September hingga esok.

Majlis dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak diikuti bacaan ayat al-Quran serta doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian di atas pentas utama.

Sultan Perak berkenan rasmi Perak Agrofest 2025
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Perak Agrofest 2025 di Ladang Infoternak, Sungai Siput (U), pada Sabtu. Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 SEPTEMBER 2025.

Pada majlis tersebut, baginda turut berkenan menyampaikan anugerah kepada 15 pemenang kategori pertandingan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak tahun 2025.

Sultan Nazrin turut berkenan melawat ke ruang pameran jabatan dan agensi yang disediakan selain bertemu rakyat jelata sempena program berkenaan sebelum berangkat pulang.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; barisan Exco kerajaan negeri dan beberapa ketua jabatan serta agensi.

Penganjuran Agrofest pada tahun ini melibatkan kerjasama hampir 60 jabatan dan agensi dari seluruh negeri Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak Agrofest 2025 sasar nilai jualan RM1.6 juta pertanian, makanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI