Dua botol bahan kimia bocor, tertumpah di sekolah

IPOH – Dua botol bahan kimia mengandungi asid dilaporkan bocor dan tertumpah di sebuah sekolah di sini pada Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.51 pagi.

Menurutnya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan Pasir Puteh  termasuk Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota Hazmat memeriksa sebuah kereta sorong mengandungi 21 botol pelbagai jenis bahan kimia.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran pada dua botol mengandungi asid sulfurik dan asid nitrik dengan setiap botol seberat 2.5 liter,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, ketua operasi telah melaksanakan penilaian situasi sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja spill control (kawalan tumpahan) menggunakan chemical binder (pengikat kimia) serta melaksanakan nyah cemar.

“Bahan kimia tersebut kemudiannya telah diserahkan kepada pihak kontraktor untuk tindakan pelupusan,” ujarnya.

Tambahnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Beliau berkata, operasi berjaya dikawal pada jam 1.20 petang dan tamat sepenuhnya 16 minit kemudian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Gas ammonia bocor, empat pekerja kilang ais terselamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI