Gas ammonia bocor, empat pekerja kilang ais terselamat

IPOH – Kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais di Kawasan Perindustrian Seri Rapat, di sini, pada petang Selasa berjaya dikawal pasukan bomba dan empat pekerja terselamat dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 1 petang.

Menurutnya, seramai 20 anggota dari BBP Simpang Pulai dan Pasir Puteh bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati bau tersebut berpunca dari sebuah kilang ais dan ketua operasi bertindak melakukan pengungsian bangunan serta memasang sawar-sawar 100 meter dari bangunan.

“Kebocoran dipercayai telah berlaku di salah satu hos tekanan tinggi, bagaimanapun puncanya tidak diketahui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan Hazmat kemudiannya melakukan kerja-kerja pengesanan bagi mengenalpasti bahan tersebut dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dihubungi untuk hadir ke lokasi.

“Pasukan Hazmat kemudiannya melakukan pengesanan dengan bacaan pertama menunjukkan paras 5ppm (partikel per sejuta) ammonia.

“Kemudian mereka bertindak dengan menutup injap dan melakukan bacaan pengesanan kali kedua seterusnya membuat pengesahan ‘No Instrument Reading’ dan memaklumkan kawasan tersebut selamat.

“Selepas memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain, ketua operasi menyerahkan semula premis tersebut kepada pemilik,“ ujarnya.

Katanya, operasi terkawal sekitar jam 4.05 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 4.20 petang. – MG Perak

Artikel Barkaitan:

Tiga lelaki sesak nafas terhidu gas karbon monoksida dalam SUV

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI