Punca kematian pelajar akibat pendarahan dalaman otot pinggul – Polis

IPOH – Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat pelajar sekolah yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025 di sini semalam, berpunca daripada pendarahan dalaman disebabkan koyakan pada otot pinggul kanan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, bedah siasat ke atas mayat pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, itu dijalankan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pada Jumaat.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, ketika kejadian telah berlangsung perlawanan ragbi antara SMSJ dan Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) sekitar jam 10.30 pagi di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).

“Ketika pemain hendak memasuki padang bagi memulakan separuh masa kedua, seorang pelajar daripada pasukan SMSJ dilaporkan rebah di hadapan khemah pasukan.

“Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas semasa kejadian segera melakukan pemeriksaan dan mendapati pelajar tersebut disyaki mengalami sawan berikutan keadaan badannya yang menggigil dan menjadi keras.

“Pasukan perubatan kemudian melaksanakan bantuan pernafasan (CPR) selepas mendapati nadinya lemah sebelum mangsa dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, ketika tiba di hospital, pegawai perubatan yang memeriksa mangsa telah mengesahkan pelajar berkenaan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu media melaporkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 selepas kejadian seorang pelajar meninggal dunia secara mengejut ketika menyertai kejohanan tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perak hulur sumbangan kepada keluarga pelajar maut ragbi SBP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI