Wira negara suntik semangat patriotisme generasi muda di Lenggong ODF

LENGGONG – Program Coffee Talk: Bicara Wira bersama Ikon Patriotik yang diadakan sempena Lenggong Outdoor Festival (ODF) 2025 menampilkan enam wira negara yang tampil berkongsi pengalaman dan semangat perjuangan mereka bersama generasi muda dalam usaha menyemai nilai patriotisme serta menghargai pengorbanan wira negara.

Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando, Datuk Abd Rashid Harun berkata, ikon patriotik ini terdiri daripada anggota yang banyak menyumbangkan jasa dalam menjaga keselamatan negara.

Beliau yang pernah menjadi Komander Taktikal Ops Daulat berkata, program itu menampilkan dua moderator iaitu Dr Nizam Mohd Ali dan Mejar (B), Mohd Fitri Shuib @ Ismail atau lebih dikenali sebagai Tuan Hutan yang mengendalikan sesi tersebut sarat dengan mesej patriotisme.

“Antara ikon terlibat ialah Mejar Jeneral (B), Datuk Zawawi Adam yang terlibat dalam operasi Black Hawk Down di Pasar Bakara, Somalia dan Mejar (B) Mat Azman Mat Piah yang turut menyertai operasi sama.

“Selain itu, turut bersama-sama pada program tersebut adalah serta Laksamana Muda (B), Datuk Saifudin Kamarudin yang pernah mengetuai operasi menumpaskan lanun Somalia bersama pasukannya.

“Turut berkongsi pengalaman ialah Datuk Abd Razak Yusoff yang menjadi Ketua Sekysen VAT 69 dalam insiden Al-Maunah serta Deputi Superintenden (B), Kamarudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Kenny anggota F-Team yang terlibat dalam penyamaran dan menumpaskan pengganas komunis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai program Coffee Talk: Bicara Wira bersama Ikon Patriotik di Lenggong ODF 2025 di Resort Tasik Raban, di sini malam tadi.

Wira negara suntik semangat patriotisme generasi muda di Lenggong ODF
Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando, Datuk Abd Rashid Harun pada sidang media Bicara Wira Bersama Ikon Patriotik sempena Lenggong Outdoor Festival di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 OKTOBER 2025.

Dalam pada itu, sambutan yang diberikan pengunjung amat menggalakkan apabila mereka memberi respon positif sepanjang sesi berlangsung.

“Kita dapati maklum balas daripada penonton tadi sangat menggalakkan. Mereka mendengar dengan penuh penghayatan dan bertepuk tangan pada mana yang sepatutnya bertepuk tangan.

“Kita percaya mereka ini memang tidak mengetahui apakah di sebalik operasi-operasi yang dijalankan, betapa besar pengorbanan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara serta menaikkan nama Malaysia di peringkat dunia,” ujarnya.

Beliau menambah, perkongsian pengalaman wira-wira negara itu diharap mampu menyuntik semangat kepada generasi muda agar terus melakukan kebaikan serta menyumbang demi kedaulatan negara, keamanan dan kesejahteraan rakyat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lenggong Outdoor Festival mampu lonjak pelancongan Perak sempena TMM 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI