Juruelektrik didakwa cabul anak saudara usia 11 tahun

IPOH – Seorang juruelektrik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuan berusia 11 tahun di Bota, Parit pada Ogos lalu.

Tertuduh, yang berusia 47 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal iaitu bagi maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan perempuan berusia 11 tahun, yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu, iaitu sebagai bapa saudara.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bota dalam daerah Perak Tengah pada jam 8 pagi, 31 Ogos 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Seksyen 14 (a) memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, manakala Seksyen 16, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan tidak kurang daripada dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.

Nor Arfahanim menawarkan wang jaminan sehingga RM20,000 dikenakan kepada tertuduh di samping penetapan syarat tambahan agar dia tidak mendekati mangsa sepanjang kes berjalan.

Muhammad Farhan kemudian memohon agar budi bicara mahkamah untuk mengurangkan kadar jaminan ke atas lelaki terbabit.

Beliau berkata, tertuduh yang berkerja sendiri merupakan penanggung tunggal kepada isteri, dua anak masing-masing berusia 10 dan 13 tahun dengan pendapatan RM1,800 sebulan, selain perlu menjaga ibu saudara yang lumpuh.

Muhammad Farhan juga berkata, mangsa kini tinggal bersama ibu kandungnya dan tidak lagi menetap di rumah tertuduh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan syarat tambahan supaya dia melaporkan diri di balai polis setiap awal bulan hingga kes selesai.

Selain itu, mahkamah juga melarang tertuduh daripada menghubungi, mengganggu atau mendekati mangsa serta saksi-saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan berlangsung.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes di samping bagi penyerahan laporan perubatan mangsa dan lantikan peguam.  – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lans koperal mengaku tak salah cabul wanita Orang Asli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI