IPOH – Kerajaan Perak menyambut baik pengumuman Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi pembentangan itu, Perak disebut dengan penuh perhatian melalui pengumuman pelbagai inisiatif yang bakal memperkukuh asas kemajuan negeri.