IPOH – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memanfaatkan peruntukan tambahan bagi inisiatif Rakan Muda dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan pada Jumaat, sebagai usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.
Menterinya, Hannah Yeoh, berkata pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan peningkatan peruntukan sebanyak 60 peratus iaitu RM40 juta bagi program Rakan Muda tahun hadapan. – MGPerak