IPOH – UDA Holdings Berhad (UDA) menyasarkan untuk melahirkan atlet boling negeri yang mampu mewakili Perak dalam Sukan Malaysia (Sukma) dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, sasaran tersebut dibuat menerusi inisiatif ‘UDA Cares: Bangunkan Komuniti, Lahirkan Juara’.
Menurut beliau, program pembangunan sukan itu berjaya mencungkil dan melahirkan seramai 29 pemain berbakat dalam sukan boling. -MGPerak