IPOH – Selepas menerima tiga aduan berhubung dakwaan MyKad digunakan individu lain bagi menebus bantuan RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) baru-baru ini, Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah tidak menyangka beliau sendiri turut menjadi mangsa kejadian sama.
Mohd Rawi berkata, perkara itu disedarinya pada 30 September lalu selepas semakan mendapati baki bantuan SARA menerusi MyKad miliknya hanya tinggal RM2.70, sedangkan beliau belum pernah membuat sebarang penebusan. -MGPerak