BAGI penggemar pencuci mulut tradisional tempatan, tidak lengkap sekiranya bertandang ke Ipoh tanpa singgah menikmati semangkuk cendol sejuk yang menyegarkan tekak, tambahan jika ia turut dihidangkan bersama pulut dan durian segar.
Itu antara tarikan utama buat para pelanggan di Kedai Cendol Durian Anak Apak yang terletak di Dataran Sunway City, Tambun, Ipoh. -MGPerak