UNDP, HALUAN perkasakan komuniti Orang Asli melalui projek pertanian mampan

GERIK – Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) melaksanakan projek pertanian komersial tanaman limau purut dan serai bersama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan (HALUAN) Malaysia, bagi memperkasakan komuniti Orang Asli melalui pertanian sistematik di kawasan pedalaman Hulu Perak.

Ketua Kebajikan HALUAN Malaysia, Abdul Halim Khudri berkata, projek tersebut adalah lanjutan daripada inisiatif pertanian komuniti yang mula diperkenalkan HALUAN pada tahun 2013, dan kini menerima sokongan dana modal benih daripada UNDP bagi memperluas pelaksanaannya.

Menurutnya, program ini bertujuan melatih masyarakat Orang Asli menjana pendapatan sendiri melalui pertanian berasaskan tanah pusaka adat mereka.

“Strategi sosio-ekonomi kami adalah untuk melatih penduduk kampung menjana pendapatan dengan bercucuk tanam di tanah yang banyak dan subur di sekitar tempat tinggal mereka.

“Secara tradisinya, mereka mencari nafkah dengan masuk jauh ke Hutan Belum mencari akar, herba dan rotan, namun kerja itu berat, berisiko dan tiada jaminan pendapatan tetap,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil penyelidikan mendapati tanaman limau purut dan serai paling sesuai diusahakan kerana tidak diminati haiwan liar seperti gajah dan babi hutan serta menerima permintaan tinggi di pasar borong utama seperti di Gerik dan Jeli, Kelantan.

“Projek ini diterajui oleh tiga petani Orang Asli adik-beradik, Sani Dalong, Dahalan Dalong dan sepupu mereka Lan, yang kini mampu mengeluarkan hasil sekurang-kurangnya 15 kilogram limau setiap minggu, selepas kebun mereka mula berbuah secara komersial sejak empat tahun lalu.

UNDP, HALUAN perkasakan komuniti Orang Asli melalui projek pertanian mampan
Sani Dalong (kiri) menyampaikan cenderahati buah limau nipis segar kepada Sani bin Dalong menyampaikan cenderahati buah limau mipis segar kepada Puan Salwa, UNDP. Foto HALUAN

“Dana daripada UNDP membolehkan HALUAN membantu dalam aspek pembersihan tapak kebun, pembelian anak benih, baja dan racun perosak, serta memperkenalkan sistem pengairan moden.

“Pasukan HALUAN turut turun padang setiap bulan bagi membimbing para petani dalam amalan agronomi seperti penyediaan tanah, pemangkasan, kawalan rumpai serta teknik pencegahan serangan haiwan liar,” ujarnya.

Majlis perasmian projek tersebut disempurnakan Koordinator Kebangsaan Program Geran Kecil Malaysia (SGPM) UNDP Malaysia, Siti Salwa Samsuddin bersama Timbalan Presiden II HALUAN Malaysia, Profesor Dr Solehuddin Shuib, di Kampung Air Banun, di sini.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, selain pertanian, HALUAN melalui sayap pendidikannya turut menganjurkan bengkel literasi untuk anak-anak Orang Asli di kawasan sama.

“Sebelum ini, kadar buta huruf mencecah 97 peratus, namun kini semakin ramai kanak-kanak mula berdaftar di sekolah rendah berdekatan hasil bimbingan berterusan selama lima tahun,” jelasnya.

Majlis perasmian projek tersebut disempurnakan Koordinator Kebangsaan Program Geran Kecil Malaysia (SGPM) UNDP Malaysia, Siti Salwa Samsuddin bersama Timbalan Presiden II HALUAN Malaysia, Profesor Dr Solehuddin Shuib, di kawasan kampung lembah sungai berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak Agrofest 2025 sasar nilai jualan RM1.6 juta pertanian, makanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI