MGPerak: Ribuan Penganut Hindu Penuhi Kuil Gunung Cheroh Raikan Sambutan Deepavali

199

Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar di Gunung Cheroh di sini antara yang menjadi tumpuan utama sempena sambutan perayaan Deepavali apabila hampir 10,000 penganut agama Hindu hadir menunaikan upacara keagamaan sejak awal pagi tadi.

Seawal jam 6 pagi, perkarangan kuil mula dipenuhi penganut yang datang bersama keluarga bagi melaksanakan ritual dan upacara keagamaan sebagai tanda kesyukuran serta memperbaharui semangat sempena pesta cahaya itu. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #Deepavali

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini