PGA tumpaskan aktiviti melombong bijih timah haram, rampasan RM28 juta

KAMPAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya menumpaskan aktiviti melombong bijih timah secara haram menerusi serbuan Op Bersepadu Khazanah di sebuah kawasan di sini, pada Rabu.

Operasi dijalankan oleh Cawangan Risik Briged Utara, PGA Ulu Kinta bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama sebulan itu mendapati kawasan perlombongan bijih timah itu telah melakukan aktiviti berkenaan tanpa sebarang permit dan kelulusan pihak berkuasa.

Katanya, hasil siasatan mendapati kegiatan haram itu telah aktif dijalankan sejak Julai tahun lalu.

“Susulan itu tindakan rampasan dilakukan membabitkan bijih timah dengan anggaran berat 4.5 tan, 60 beg jumbo berisi mineral kasar anggaran berat 30 tan, mesin memproses bijih timah serta pelbagai jentera untuk kerja-kerja di kuari. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM28.73 juta.

“Justeru kertas siasatan dibuka di bawah bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Enakmen Mineral Perak 2003 kerana melakukan aktiviti perlombongan bijih timah secara haram.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurut beliau, dalam serbuan sama, seramai 27 pekerja warga tempatan dan warga asing, termasuk seorang pengurus tapak kuari warganegara China ditahan.

Shahrum berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua warga asing yang bekerja didapati telah melanggar syarat dengan menggunakan pas pelawat ke negara ini.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan warga tempatan, serta 19 warga asing masing-masing dari negara China, Bangladesh dan Nepal. Kesemua mereka berusia antara 19 sehingga 76 tahun,” katanya.

Jelas beliau, susulan itu pekerja asing ditahan untuk disiasat di bawah seksyen 15(1)(c) iaitu melanggar syarat tinggal, seperti tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan atau tinggal di Malaysia setelah pas atau permitnya tamat tempoh atau dibatalkan.

Tambah beliau, mereka juga turut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kepada kesalahan melanggar syarat pas atau permit di Malaysia.

Pada masa sama Shahrum berkata, kejayan operasi itu telah berjaya menyelamatkan hasil bumi dari terus dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab hanya demi keuntungan semata-mata.

“Briged Utara PGA Ulu Kinta akan terus giat melakukan risikan, pengawasan dan rondaan sekitar Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah bagi mengekang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Briged Utara PGA akan terus komited dan konsisten dalam menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PGA rampas 35 tan susu getah, berkas 5 lelaki

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI