Mangsa banjir di Perak menurun kepada 1,367 orang

IPOH – Mangsa banjir di Perak berkurangan kepada 1,367 mangsa daripada 442 keluarga dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat jam 4 petang, pada Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dew dalam daerah Kerian ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, 28 PPS masih dibuka di lima daerah sekitar negeri ini namun 12 daripadanya yang terletak dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) telah dikosongkan tetapi belum ditutup secara rasmi.

“Sebanyak 19 PPS masih dibuka di daerah LMS namun hanya tujuh PPS yang menempatkan 555 mangsa daripada 175 keluarga.

“Di Manjung, SK Sungai Batu di Pantai Remis masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 191 orang daripada 58 keluarga daripada lima PPS yang dibuka dalam daerah berkenaan.

“Seramai 143 mangsa daripada 53 keluarga pula ditempatkan di dua PPS yang masih dibuka di daerah Kerian.

“Jumlah mangsa di Perak Tengah masih kekal iaitu 110 mangsa daripada 53 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Layang-layang Kiri, Parit manakala 28 mangsa daripada lima keluarga berada di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak,“ ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan hanya stesen sungai Empangan Ulu Kinta dalam daerah Kinta merekodkan bacaan tahap amaran. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak belum pulih, 2,888 mangsa berlindung di 29 PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI