IPOH – Pembangunan Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Zantat Sdn Bhd, ‘Zantat Poly+Cal Innovation Lab’ di Simpang Pulai, dekat sini, disifatkan sebagai pelaburan strategik kepada pembangunan industri mineral di negeri Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia akan menjadi pelengkap kepada ekosistem industri berkenaan selepas kewujudan makmal analisis mineral pertama negara, Terra Mineral Lab yang terletak tidak jauh dari makmal R&D berkenaan. -MGPerak





