Lelaki maut tersepit, kereta rempuh belakang lori

TAIPING – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori yang membawa peralatan pembaikan jalan raya di Jalan Air Puteh, Kamunting, dekat sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pukul 10.58 pagi.

Lelaki maut kemalangan di Kamunting kemalangan maut Taiping, kemalangan di Kamunting, lelaki maut tersepit, Proton Waja langgar lori, kemalangan jalan raya Perak, lori baiki jalan, JBPM Perak, bomba Kamunting, Jalan Air Puteh, kemalangan tragis Perak, mangsa kemalangan maut
Keadaan lori yang membawa peralatan pembaikan jalan raya yang dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Air Puteh, Kamunting, di Taiping. Foto JBPM Perak

Katanya, seramai lapan anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting kemudian bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh tujuh kilometer.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah lori tiga tan yang membawa peralatan pembaikan jalan raya. Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Proton Waja terbabit melanggar belakang lori yang ketika itu sedang membuat kerja-kerja pembaikan jalan tar di bahagian kanan jalan.

“Susulan kemalangan itu, terdapat seorang mangsa lelaki tempatan berumur 38 tahun tersepit dalam kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba sedang membawa keluar mangsa tersepit daripada bangkai kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Air Puteh, Kamunting, di Taiping. Foto JBPM Perak

Shazlean berkata, pasukannya menggunakan peralatan hidraulik dalam operasi penyelamatan sehingga mangsa berjaya dibawa keluar dari bangkai kenderaan.

“Bagaimanapun petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi memaklumkan mangsa telah meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Ridwan Sudin itu tamat sepenuhnya pada jam 12.05 tengah hari. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut tersepit nahas kereta, treler muatan simen di Chemor

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI