Kolaborasi universiti, industri pacu masa depan pekerjaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerjasama strategik antara universiti dan industri memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta bersedia memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, berkata, pendekatan itu membolehkan pelajar bukan sahaja menumpukan pengajian di kampus, tetapi turut menjalani latihan dan pengalaman di sektor industri sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk kita berkumpul bersama sektor industri dan universiti dalam menjayakan kerjasama yang bukan sahaja melibatkan universiti, tetapi juga institusi lain di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi seperti politeknik dan kolej komuniti.

“Kehadiran semua pihak hari ini menunjukkan minat dan komitmen sebenar, seiring dengan usaha universiti untuk memperkukuh hubungan ini,” katanya.

Zambry menyatakan demikian pada Majlis Peluncuran Konsortium Di Bawah MOHE Research & Industry-Infused Incubator (MRI3) Sektor Automotif & Sektor Logistik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Dalam pada itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut diumumkan sebagai universiti peneraju sektor pengangkutan rel negara di bawah inisiatif Malaysia Railway Industrial Integration Initiative (MRI³).

Pelantikan rasmi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu mengiktiraf peranan UTHM dalam memperkasa pendidikan, penyelidikan dan inovasi teknologi rel negara, selain membina ekosistem rel yang mampan melalui kolaborasi antara akademia dan industri.

UTHM mengetuai konsortium yang terdiri daripada rakan akademik dan industri utama termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI