7,173 graduan UPSI bakal diraikan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-27

TANJUNG MALIM – Seramai 7,173 graduan bakal diraikan pada Istiadat Konvokesyen Ke-27 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini dari 11 hingga 18 November ini.

Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan perisytiharan pembukaan sesi pertama istiadat berkenaan.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, daripada jumlah keseluruhan, 5,160 graduan terdiri daripada pelajar prasiswazah merangkumi 693 graduan Diploma dan 4,467 graduan Ijazah Sarjana Muda.

Menurutnya, 2,013 graduan pascasiswazah pula terdiri daripada 247 Doktor Falsafah, 793 Sarjana, 973 penerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan 198 graduan antarabangsa turut diraikan pada istiadat kali ini.

“Istiadat konvokesyen bukan sekadar simbolik penyampaian ijazah, tetapi lambang kejayaan universiti dalam melahirkan graduan berilmu, berakhlak dan berdaya saing yang bakal menjadi pendidik di seluruh tanah air.

“Setiap graduan membawa bersama nilai kebitaraan ilmu, kepemimpinan dan kemanusiaan. Kejayaan mereka hasil usaha gigih, sokongan keluarga serta dedikasi warga akademik yang tidak pernah jemu mendidik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kejayaan lebih 7,000 graduan itu mencerminkan komitmen UPSI dalam memperkukuh peranan sebagai universiti pendidikan unggul negara, seiring aspirasi Pelan Strategik UPSI 2030 untuk menjadi peneraju pendidikan global.

“Pada sesi pertama, Tuanku Zara turut berkenan mengurniakan ijazah sarjana muda secara anumerta kepada keluarga dua pelajar yang terkorban dalam nahas bas di Gerik pada 9 Jun lalu iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman dan Allahyarhamah Fatin Nasrien Fadli.

“Istiadat berkenaan turut menyaksikan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada sarjana sejarah, Profesor Dr Ishak Saat.

“Selain itu, sebanyak 36 Anugerah Kecemerlangan akan disampaikan kepada 68 penerima, termasuk 11 anugerah utama kepada 13 penerima terpilih atas kecemerlangan akademik dan sahsiah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pesta Konvokesyen UPSI 2025 turut dianjurkan sebagai program sampingan bagi memeriahkan sambutan dengan pelbagai aktiviti keusahawanan, kebudayaan serta persembahan hiburan berinformasi di Kampus Sultan Azlan Shah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UPSI diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Industri Sukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI